.. Ideologi Seringgit ..

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.



Selama korang bernafas ini, sebanyak nikmat yang Allah berikan ini..
Sepanjang liku perjalanan kehidupan ini..
Korang mesti selalu jumpa orang minta sumbangan kan?
Minta sedekah atau tabung donation yang bersepah sepanjang laluan..

Ada sesetengah orang dia kecam kita bila kita masukkan seringgit 
atau kurang lagi dari tu..

Katanya, "Eleh... singgit je broo..."
"Alang-alang nak bagi, bagi lah banyak sikit.. Ni takkk, singgit je"

Atau, maybe ada juga la cakap mcm ni..
"Ramai yang miskin, sebab tu dalam tabung masjid banyak singgit jeee"

Aku secara personal lah.. 
Aku tak berapa berkenan dengan orang macam ni.

Sebab, bila kita cakap begini.. Kita seakan-akan, kurangkan laluan pengaliran sedekah yang meluas dalam kalangan umat.. 
Maybe ada orang yang baca ni akan cakap, 
"Weii relax ahh, singgit je kot.."
Sebab, pada aku lah.. Kalau member kau tu, sehari pergi 5 buah masjid, setiap masjid dia masukkan RM 1.00, sehari dia dah sedekah RM 5,00. Tu tak termasuk dia masukkan duit sikit dalam tabung-tabung tepi jalan masa dia merewang kat pasar ke hape..
Kau yang banyak bunyi ni ape citer?

Okey, settle bab pertama..
Bab kedua. Ideologi Singgit gak..

Kau pernah tak tengok, orang sihat tubuh badan..
Mampu buat kerja, tapi minta sedekah..
Ramai antara kita, bila nampak orang macam ni, tak nak share sedikit nikmat dengan dia.. Wei... Masa ni lahh kau kena gunakan sebanyak-banyaknya konsep 
"Baik Sangka"

Mungkin, cuma dengan cara tu je dia mampu beli makanan..
Mungkin, hari tu dompet dia hilang.. Everything hilang..
Cuma dengan cara meminta je dia mampu..

Mungkin ada yang cakap, "Wei kalau setiap hari nampak.. Hilang mende Zahidah?"
Hurmm.. Untuk hal macam ni lah.. Kalau aku, aku bagi jugak..
Sebab,aku tak nak dia kacau aku..
selalunya orang macam ni kekadang tak betul tetiba..
So, bila aku bagi singgit dia blah.. Aman hidup aku..

Maybe ada yang kata, "Wei setahun ada 365 hari, kalau hari-hari aku bagi dia singgit dia ada RM365 duit aku..Hahaha... Math aku bagus gilaa..

Okey untuk hal macam ni lah.. Aku rasa, kau pindah je lah..
Elak bertembung dengan dia.. Bukan nak putuskan silaturrahim..
Tapi tu ahh dah kau berkira sanggat. 

Maybe ada yang cakap, "Wei, aku bukan berkira Zahidah.. It just.. Aku bukan jutawan, hartawan, wan wan ni.. Aku ni sebaik-baik umat je.."
Okey lah untuk kes ni, kau kena yakin bro and sis..
Allah akan lipat gandakan apa yang kau keluarkan andai kata kau ikhlas..
Kau aku sekarang ni kena belajar macam mana nak ikhlaskan hati bila buat something yang kita tak suka untuk orang yang kita tak berapa nak suka..

"Siapakah orangnya yang (mahu)memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas)supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki)dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."- Al-Baqarah ayat 245

Yang paling penting an, kalau dia membahayakan, better kau report polis lah..

Maybe ada yang cakap, "Wei aku bagi dia singgit pastu dia gi beli rokok"
Untuk hal dia guna duit kau beli benda haram ni..
Biar lah.. Itu urusan dia dengan Allah..
Urusan kau, kau jangan ungkit singgit kau.. hahaha
Deep? Deepp...

Anyway, pesanan daripada penaja..
Jangan berkira sangat lah untuk bersedekah ni..
Keluarkan lah sedikit dari poket kamu walaupu 10 sen..
Moga itu menjadi amal yang akan mempertahankan kamu di hadapan Allah nanti..
Dan sesungguhnya..
Allah amat kasihkan orang yang suka bersedekah ni..

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan)agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan)perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."- Al - Baqarah ayat 195.


Nak lebih banyak lagi? Meh klik sini .

Okeh lahh... Aku akhiri entri aku kali ni dengan lafas..
Segala yang baik datangnya dari Allah.. Yang kurang itu kelemahan diriku sendiri..
Ilmu yang bermanfaat yg korang dapat adalah sedekah jariah untuk aku berbanding nuffnang yang korang berikan.. (n_n)

Semoga rahmat Allah selalu ada bersama anda sekeluarga..
Terima kasih, kerana sudi meminjamkan masa anda menjenguk ..Dunia Aku..

Comments

Popular Posts