.. Sabar lah teman.. Sabar dengan ujian.. ..

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.

Assalamualaikum hadirin hadirat yang dirahmati Allah, terima kasih di atas kunjungan yang amat bermakna ke blog ini.. 

Hari ni, aku nak serius sikit. Sikit je lahh.. 
Serius sanggat nanti mengkome mengkome lari jauh pulakk..
Susah mike nok ngejor nye..

Anyway, aku rasa aku dah lambat nak ucap salam tahun baru.
Ehh? Haah, sebab dah 2 bulan aku sambut Tahun Baru Islam..
Ehhh.. (>_<)



Korang tahu tak, jalan hidup ini panjang.. Amat panjang..
Kita tahu hari dan waktu kelahiran kita.. Tetapi kita tak pernah tahu bila kita akan dimatikan..

Sepanjang liku kehidupan ini, mesti ramai di antara kita rebah dan lelah dalam perjalanan yang amat panjang.. Ramai di antara kita akan kecewa lalu mempersoalkan dan mengungkit kisah-kisah silam..

"Kalau lah.. Aku dengar cakap ummi suruh pergi Mesir dulu.. Mesti aku tak jumpa kawan-kawan yang serabut dan pelik-pelik macam ni.. 
Tapi aku degil!"

atau..

"Mungkin kehidupan aku lebih baik bila aku pilih bidang kejuruteraan dulu.. Tak macam ni.. skema.. poyo.. serabut.. esaimen.. poyo.. puihhh!!"

atau..

"Kalau aku tau suami aku ni pembegis, aku tak kan khawin dengan dia!!"

Banyak lagi lah.. Banyak lagi lah dialog kehidupan yang mengunkit kisah silam. Banyak dan terlalu banyak kata yang meluncur laju dari bibir seperti 

"kalau, tapi, mungkin, (dan sebahagianya)"

Tanpa sedar, adakalanya kata-kata seperti ini..
Hati seakan-akan tidak rehda akan ketentuan qada dan qadar..

Siapa tahu, tempat belajar yang kamu kata tempat jin bertendang itu lah yang akan menjadikan kamu seorang pendakwah dan manusia yang hebat di masa akan datang..

Siapa tahu, bidang yang kamu benci! Esaimen yang kamu menyampah bagai nak mati itu lah yang akan menjadikan kamu seorang Programmer yang disegani dan digeruni Yahudi!!

Siapa tahu, kerana kesabaranmu dengan suami lah.. 
Allah izinkan kamu masuk kesyurga dengan keadaan yang lagi direhdai..


Bila hati kita merungut akan masalah dunia..
Allahu Allah.. ingat lah..

"..Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At-Taghaabun:11)

Bila hati kita sedih, pilu dan terluka dengan dunia yang menipu..
Pujuk lah kembali, pujuk dan rayu hati supaya kembali..
Kembali menerima hakikat, bahawa ujian ini, kesakitan ini adalah ketentuan Allah.

"Kalau begitu, Allah jahat kerana mengujiku.."

Ramai yang hatinya mungkin terlalu lelah, sehingga adakalanya terkeluar kata-kata seperti ini.. Pajuk lah hatimu... Pujuk lah kembali..

"..Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 
(Al-Baqarah:214)


Ada seorang sahabat pernah bertanya..

"Macam mana kita nak semangat balik dengan ujian ni?"

Dan seorang sahabat lagi menjawap..

"Ujian ini datangnya daripada Allah, dalam sujud dan tadahan doa, menagis lah.. Menagis lah bagaikan anak-anak kecil mengadu dengan Allah. Bila dengan manusia, kita bercerita dan meluah kan.. Tetapi, ada di antara luahan itu terselindung.. Lalu biar lah.. Biar lah dengan Allah kita jujur dan sejujur-jujurnya.. Luahkan semua.. telinga manusia tak mahu mendengar, tapi Allah Maha Mendengar.."


Banyakkan selawat untuk ingat akan Nabi duhai sahabatku..
Kerana apakah ujian kita seberat Nabi?

Bila kita kata, aku begini begitu kerana kawan yang bermuka-muka..
Nabi juga ada teman yang munafik.. Tapi, Nabi relax..

Bila kita berkata, aku begini kerana aku miskin..
Rasulullah juga hidup dalam keadaan miskin sehinggakan Baginda minta dibangkitkan bersama orang-orang miskin kelak..

Bila kita berkata, aku begini kerana yatim..
Rasulullah SAW juga anak yatim, Baginda kehilangan ayah sedari dalam kandungan..

Allahu Allah..

Sabar lah teman.. Sabar dengan ujian..

"..Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).(Al-Imran:200)

Okeh lahh... Aku akhiri entri aku kali ni dengan lafas..
Segala yang baik datangnya dari Allah.. Yang kurang itu kelemahan diriku sendiri..
Ilmu yang bermanfaat yg korang dapat adalah sedekah jariah untuk aku berbanding nuffnang yang korang berikan.. (n_n)

Semoga rahmat Allah selalu ada bersama anda sekeluarga..
Terima kasih, kerana sudi meminjamkan masa anda menjenguk ..Dunia Aku..

Comments

Popular Posts