.. Lobak? Telur atau Kopi? ..

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.

Assalamualaikum bro and sis yang menjenguk blog Dunia Aku..
Anyway, hari ni aku nak merepek tentang satu kisah yang aku terbaca..
Maybe korang boleh "Google""Youtube" dan sewaktu dengannya..

Kisah tentang 3 Makanan dan 1 air yang mendidih..


Dalam proses musafir di dunia ini.. Korang akan jumpa 3 sifat ini dalam diri manusia.. Sifat "Lobak Merah""Telur", dan "Serbuk Kopi"..
Dalam merentasi kehidupan, kita akan menghadapi pelbagai badai ujian dan rencah kehidupan positif atau negatif.

Segala dugaan tidak akan sama sekali mampu mengugat pendirian dan persekitaran tak akan mudah mengubah sikap kita seandainya emosi kita kuat..

Okey meh kita terus ke cerita yaaaa..

-----------------------------------------
Pertama, Lobak Merah.
----------------------------


Lobak merah asal fizikalnya keras namun apabila di letakkan di dalam air mendidih fizikal lobak berubah lembut sedangkan rupa dan fizikal, warna, suhu dan rasa air tidak berubah.

-----------------------------------------
Kedua, Telur.
----------------------------


Telur pula asal fizikalnya lembut, mudah pecah, isinya adalah cecair.. Tetapi apa bila di letakkan dalam air mendidih, fizikalnya berubah, isinya bukan lagi cecair tetapi solid yang anjal, walhal sifat air masih lagi sama dan tidak berubah..

-----------------------------------------
Ketiga, Serbuk Kopi
----------------------------


Fizikal serbuk kopi adalah kasar, berderai dan berwarna hitam.. Tetapi apa bila di letakkan dalam air mendidih, air yang jernih berubah hitam. Warna asal air berubah seandainya di tambah gula atau susu lebih manis rasanya..

Berdasarkan semua itu, itu lah sifat manusia apabila mendapat ancaman ataupun ujian. Air mendidih itu adalah ujian atau ancaman..

Manusia lobak merah ini, asalnya keras, kuat pendirian, hatinya waja dan semuanya perfect untuk dia.. Tetapi apabila di uji.. Dia menjadi lemah, lembut, terlalu menurut dan lembik untuk bangkit kembali..

Manusia telur pula, asalnya lembut mudah pecah dan terlalu mudah menurut, tetapi apabila mendapat ancaman, dia menjadi keras, sukar lagi dibentuk kerana sudah pun anjal dan perlu berkali diketuk baru akan pecah..

Manusia ketiga pula adalah serbuk kopi, dirinya yang menciptakan suasana biar perit bagaimana pun ancaman persekitaran, dirinya yang akan mengubah persekitaran mengikut arcanya tersendiri.. Dalam erti kata lain, dia hadapi ancaman dan mengubah ancaman daripada negatif kepada positif.

Manusia kopi selalunya tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran, dia tetap kopi dari asal hingga akhir.. Bahkan dia yang mengubah fizikal asal yang lain menjadi kopi sepertinya..

Sekarang kau fikir.. Kau yang mana satu..

Lobak? Telur atau Kopi?

(^_^)

Hidup ini memang tak mudah.. 
Moga hati kita cekal menghadapi kehidupan..

Okeh lahh... Aku akhiri entri aku kali ni dengan lafas..
Segala yang baik datangnya dari Allah.. Yang kurang itu kelemahan diriku sendiri..
Ilmu yang bermanfaat yg korang dapat adalah sedekah jariah untuk aku berbanding nuffnang yang korang berikan.. (n_n)

Semoga rahmat Allah selalu ada bersama anda sekeluarga..
Terima kasih, kerana sudi meminjamkan masa anda menjenguk ..Dunia Aku..

Comments

Popular Posts