.. Curian Luahan ..


Aku ada 1 surat yang intipatinya, aku nak kongsi dengan korang..

---------------------------------------------
Muka Surat Pertama
--------------------------------

Ya Allah, nanti sampai satu saat.. Langkah ini adalah langkah yang terakhir.. Perjalanan ini adalah perjalanan yang terakhir.. Dan bila sampai waktu itu.. Moga mereka yang aku tinggalkan itu adalah orang yang beriman.. Mereka tidak merintih melampau-lampau akan pemergianku.. Mereka tidak lagi saling menyalahkan antara satu sama lain,, Dalam hati mereka penuh dengan rasa iman dan takwa kepada-Mu.. Dalam hati mereka penuh dengan pengharapan keampuanan dan syurga-Mu..

Ya Allah, aku mahu berjiran dengan mereka.. Mereka yang aku sayang di dunia.. Mereka yang aku kagum di dunia.. Mereka yang aku cuba contohi di dunia.. Ya Allah, aku mahu berjiran dengan mereka di syurgaMu.. Ya Allah, aku takut sekali bila terlihat aku yang disemadikan.. Ya Allah, aku takut kerana aku terlalu banyak dosa kepada-Mu.. Ampunkan aku wahai Zat yang Maha Pengampun.. Maafkan aku wahai Zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ya Allah sepanjang hidupku.. Aku banyak menyakiti hati hamba-Mu.. Ya Allah, aku ingin sekali pergi pada setiap satu memohon kemaafan.. Ya Allah, aku maafkan semua yang hadir dalam hidupku.. Lalu, Engkau titipkan lah kemaafan dalam hati mereka buat aku.. Ya Allah, aku halalkan segala .........

---------------------------------------------
Muka Surat Kedua
--------------------------------
apa yang mereka ambil dariku.. Lalu, Engkau titipkan lah kedalam hati mereka untuk menghalalkan segala apa yang aku ambil daripada mereka.. Ya Allah, aku berterima kasih sekali kepada-Mu dengan segala pemberian-Mu.. Atas segala doaku yang Engkau perkenankan..  Aku bersyukur sekali.. 

Ya Allah, seperti mana Engkau perkenankan segala hajat dan doa kekasih-Mu.. Engkau perkenankanlah segala doa dan hajat saudara-saudara Islamku.. Ya Allah, aku tak ada hadiah untuk-Mu.. Segala apa yang aku mahu persembahkan untuk-Mu.. Adakalanya, aku merasa ia hanyut pergi meninggalkan ku.. Ya Allah, biar pun Engkau kata, bahawa Engkau tidak perlukan apa-apa dariku bahkan Engkau lah yang memenuhi segala kemahuanku.. 

Tetapi, aku sebagai pencinta-Mu.. Aku juga mahu berikan hadiah untuk-Mu.. Seperti mana aku berikan hadiah buat mereka yang aku sayang di dunia-Mu.. Kerana aku, rindukan-Mu.. Tetapi aku selalu bawa diriku yang penuh dengan lumpuran dosa dan noda.. Ya Allah, baiknya Engkau, bila aku bawa diriku bertemu dengan-Mu.. Dalam keadaan aku yang penuh dengan dosa dan noda.............

---------------------------------------------
Muka Surat Ketiga
--------------------------------
Engkau sucikan aku.. Engkau ampunkan aku.. Engkau terima aku..
Ya Allah baiknya Engkau, buat aku mahu mencontohi-Mu.. Memaafkan manusia yang melakukan salah kepadaku.. Terima mereka semula sebagai rakan dan sahabat.. Ya Allah, segala kebaikan-Mu.. Segala contoh kekasih-Mu.. Aku ingin sekali mengikutnya dan menurutnya sepenuh hatiku.. Biar dikata manusia begitu begini tetapi tak apa.. 
Aku tahu Engkau selalu ada untukku..

Ya Allah, segala apa yang Engkau beri untukku sejak aku dalam rahim ibuku.. Ya Allah, aku benar-benar mensyukurinya.. Aku benar-benar menghargainya.. biarpun aku selalu menyakiti segala nikmat-Mu.. Ya Allah, Engkau jagalah ibu dan ayahku, rahmatilah mereka di dunia dan di akhirat.. Ya Allah, Engkau jagalah ahli keluargaku, bimbing lah mereka ke jalan-Mu.. Rantaikan lah hati mereka dengan redha-Mu.. Ya Allah, aku mengasihi sahabat-sahabatku melebihi diriku.. Jaga lah mereka dan segenap ahli keluarga mereka.. Pandu lah setiap langkah mereka.. Rantaikan lah hati-hati mereka dengan kalimah dan redha-Mu..

Perkenankan lah segala doa dan hajat mereka.. Ya Allah, ada di antara mereka aku terlalu sayang. Ya Allah, aku sayang dia dan aku mahu bertemu dengannya di syurga.. Biarpun, pertemuan kami selalu kelu dan bisu, biar lah di syurga juga begitu.. Tak apa, aku suka.. 
Kerana aku terlalu menyayanginya..

---------------------------------------------
Muka Surat Keempat
--------------------------------
Ya Allah, aku rindukan-Mu.. ambil lah aku dengan rentapan jiwa ragaku ke jalan-Mu.. Ya Allah, nanti aku aku berharap aku mendengar kata-kata-Mu seperti (89:27-30).. Ya Allah, aku mahu menghafal surat cinta-Mu dan mudahkan lah aku.. Aku mahu hafal dengan baik agar itu menjadi hadiah terbaik buat ibu ayahku..

Ya Allah, aku terlalu rindukan-Mu dan kekasih-Mu.. Nanti aku mahu datang bertemu dengan-Mu.. Ampunkan segala kesalahanku dan kesilapanku.. Ya Allah,... Aku mohon kemaafan dari-Mu dan maafkan lah aku..

Comments

Popular Posts