.. Kerana Allah, Aku Tunggu ..


Sahabat..
Bila kau terluka kerana aku atau sesiapa..
Bila kau jatuh kerana aku atau sesiapa..
Aku mohon sekali..
Kau bangkit kerana Allah..
Kau bangkit kerana wajah ibu dan ayah..
Kau bangkit menyapu debu dunia dengan kemaafan dan pengharapan surga..

Sahabat..
Dulu kau pernah berkata..
Perit dunia, kita telan sama-sama..
Duka dunia, kita menagis sama-sama..
Bawah langit biru kita panah semua cerita dan pengharapan syurga..

Sahabat..
Dulu kau pernah berkata..
Malam nanti kita bangkit mengadu pada Allah..
Kita cerita kisah onak duri dunia moga hati kita tenang dan bersemangat..

Sahabat..
Dulu kau pernah berkata..
Bila kita ada masalah.. Kita mengadu pada Allah..
Kita boleh rasa putus asa tapi jangan terlalu lama-lama..
Kerana masa kita di dunia hanya lah seketika..

Sahabat..
Dulu kau pernah berkata..
Andai Nabi berputus asa.. Kita tak akan dapat nikmat ISLAM..
Andai para sahabat tidak putus berjuang..
ISLAM tak akan mekar keseluruh dunia..

Sahabat..
Dulu kau pernah berkata..
Dibahu kita ada tanggungjawap ISLAM..
Dakwah Rasulullah SAW harus kita tebarkan..
Perjuangan para sahabat akan perlu diperkukuhkan zaman ini..

Sahabat..
Jangan lemah semangat..
Allah tak suka hamba-Nya yang lemah semangat..
Nabi juga tak suka umat yang lemah semangat..
Para sahabat juga tak suka sahabat yang lemah semangat..
Tapi ada 1 yang suka.. SYAITAN.

Sahabat..
Dulu kau selalu berkata..
Bila kerana Allah kita pasti bisa..
Bila kerana Allah kita akan kuat..
Moga kau tak putus asa..
Moga kau kuat dengan kudrat yang ada..
Masih jauh lagi langkah kaki kita..
Moga hayunan kaki ini menjadi saksi pengharapan syurga..
Destinasi kita adalah sama.. 
Kerana Allah..
Aku tunggu kau disini dan di sana..


Comments

Popular Posts