... Cinta Dua Darjat ...

"cinta antara dua darjat itu menyakitkan..
Aku selalu soal hati.. Bagaimana mahu mencintai Tuhan..
Bila hati terlalu cintakan dunia..
Aku selalu soal hati.. Bagaimana mahu mencintai Tuhan..
Bila cintaku pada makhluk melebihi cintaku pada-Nya..
Aku selalu soal hati.. 
Tetapi hati menjawap dengan jeritan bisu dan airmata.."



moment aku beberapa hari yang lalu..
pernah kau fikir, pernah kau soal hati kau..
apa hala tujumu.. cinta antara dua darjat itu menyakitkan..
aku hadirkan soal cinta dua darjat dalam artikel aku..
sebab, baru-baru ni.. macam-macam hal bermain dalam fikiran..
ada seorang sahabat, meluahkan rasa hati..
dan menyoal aku, apa yang harus dia lakukan..
untuk selesaikan permasalahannya..
dan ada seorang sahabat.. yang paling aku sayang..
sedang menahan kesakitan tulang belakang yang semakin membengkok..
benar aku menyanyangi dirinya..
kadang-kadang, menagis kerana rindu..
kadang-kadang, dia hadir dalam mimpiku..

cinta dua darjat yang aku mahu persoalkan..
bukan untuk meluahkan rasa rindu..
bukan untuk menyuarakan rasa rindu seorang sahabat..
tetapi untuk mempersoalkan matlamat hidup..

selepas, sahabat aku meluahkan permasalahannya..
aku yang mendengar dan mendengar..
lumrah manusia itu mahu untuk didengari..
tapi aku terkejut bila dia soal aku..
"apa yang aku nak buat ya zahidah?"
masalah dia, masalah dengan manusia..

aku soal dia..
"apa matlamat hidup kau?"
dia soal aku balik..
"apa kaitan matlamat hidup dengan masalah aku?"
aku cakap..
"masalah ni masalah dengan manusia, terlalu fikir apa yang manusia kata.. sedangkan hidup ini sepatutnya kejar apa yang Allah kata.. hidup ni, kalau nak kejar rehda manusia, kita boleh jadi gila.. tapi, kalau kita kejar rehda Allah. kita akan bahagia.. sebab itu, aku tanya apa matlamat hidup? adakah sekarang, umur 20 an, harapan cuma menghabiskan pengajian kemudian menyambung keperingkat yang lebih tinggi, kemudian mencari peluang perkerjaan, kemudian bertemu jodoh lalu mendapat zuriat dan kemudian besarkan anak-anak kemudian tua dan akhir kehidupan adalah mati bergitu sahaja?"

dan conversation aku dengan dia pada waktu Zuhur itu panjang..
sampai tiba waktu kelas seterusnya..

pada aku, bila kita jumpa matlamat hidup.. kita akan endahkan apa kata manusia.. manusia itu memang banyak berdusta dan nista belaka.. mungkin, bila kita set matlamat hidup, mahu kejar ini dan ini kerana Allah.. mungkin, adakalanya, hati terasa lelah dengan kata-kata manusia.. tetapi aku yakin, bila hala tuju kau kerana Allah, dan segala perilaku kau adalah kerana Allah.. Allah akan bersama kau dalam setiap titian hidup kau.. kau rasa, masalah kau besar.. tapi Allah lebih besar dari itu. Percaya.


korang pernah fikir matlamat hidup?
sahabat aku mengatakan,
"aku tak pernah fikir matlamat hidup aku.." pada aku kita kena fikir matlamat hidup.. bukan untuk berangan mat jenin yang jatuh dari pokok.. tapi untuk cekal menghadapi kehidupan yang tak mudah nii...


korang... ini pandangan peribadi aku..
dimensi kehidupan ini adalah luas.. luasssss.... dan besarrrr...
hidup ini bukan tongkat langit..

as a muslim, aku percaya akan kematian..
aku akan mati satu hari nanti..
as a muslim, aku percaya alam kubur..
aku akan ditanam dalam kubur nanti bila mati..
as a muslim, aku percaya akan azab dan siksaan kubur..
aku akan disoal oleh malaikat didalam kubur nanti..
dan kalau nasibku tidak baik.. aku akan dipukul..
as a muslim, aku percaya akan hari kebangkitan..
aku akan dibangkitkan semula selepas mati nanti..
as a muslim, aku percayakan hari timbangan..
segala amalan aku didunia akan dihisab nanti..

pokoknya, as a muslim..
kita percaya rukun iman dan laksanakan rukun islam

aku pegang banyak prinsip dalam hidup.. 
tapi soal dunia..
aku mahu jadikan dunia ini untuk meraih hasil yang menguntungkan diakhirat nanti.. hidup pada aku seperti sebuah perniagaan yang ada untung rugi.. 
ini lah penting ilmu akaun.. 
kena kira loss and profit..
hehe.. maaf, saya budak HND.

Comments

Popular Posts