.. Sharing Buat Lepasan SPM ..

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.

Assalamualaikum, sesungguhnya zahidah update blog ini..
Khas buat lepasan SPM dan sesiapa saja sudi membaca..

Sesungguhnya zahidah juga pernah muda ya..
Pernah melalui zaman SPM seperti anda semua..
Result pun tak lah gempak sanggat..

"Result saya tak cantik

SPM bukan pengakhiran hidup..

Aku nak share sikit cabang yang adik-adik lepasan SPM boleh masuk.. 
Antaranya.. Aku nak bagi link.. Korang semua mesti dah di dedahkan dengan UPU kan.. UPU... UPU lah... Yang ni, just tambahan..
Dan antara link yang di sediakan sesuai untuk bumiputera.. 

So, mohon ya anak-anak melayu sekalian.. Bangun sikit.. Wake up.. 
Jangan terlalu manja dan selesa... 
Bina haluan kalian untuk kebaikan negara..
Jangan lepaskan peluang belajar yang ada depan mata..


Portal ini boleh di capai secara online..
Ramai je masuk belajar melalui capaian online ini..
Gambar bawah ni, macam ni lah rupanya bila korang masuk link..
Katakan incase korang klik tak masuk link..
Korang google..
"upim mara" google pandai... google je lah... 
Ni zaman-zaman google semua ni..
Mesti lagi hebat-hebat daripada aku..





Link yang ni semua orang tahu.. Korang boleh google..
Aku share benda ni, sebab ada setengah orang.. 
Dia nak dalami ilmu dari asas..

From NOTHING to SOMETHING..

GIAT MARA tak lekeh okehhh.. Aku tau lah.. 
Sebab sepupu aku dah pergi Jerman..
Aku yg up sikit dari dia masih di Malaysia.. Al-Fatihah untuk diri sendiri.. (T_T)



Korang minat apa lagi? Teknikal?
Ada banyak institusi teknikal dalam Malaysia ni..
Korang nak mana 1? Google lah..
Antara yang aku pernah minta.. ADTEC.. IKBN.. POLITENIK..
Banyak juga yang aku main apply je atas talian..




kalau link ni, aku tak tahu sanggat tapi kalau korang minat..
Cari lah dalam google. Korang semua ni pandai-pandai kan..




Kalau IKBN ni, aku zaman sekolah dulu pernah jugak join aktiviti yang berkaitan IKBN..
Best dohh.. Aku siap di dedahkan dengan segala mak nenek lukisan plan..
Tapi masa tu, aku budak biologi.. So, aku pun tak paham sanggat..

Untuk korang ya, aku tahu yang baca ni hebat-hebat..
Bagi la semangat sikit dekat member-member nak sambung belajar..
Belajar pun 1 jihad jugak.. Betulkan aku kalau aku salah..

Ramai jugak member-member sekolah aku yang junior..
Tunjuk kat aku, dan tanya aku itu ini.. Aku just share apa yang aku tahu..

Ada point kat sini..

1. Before nak apply UPU tu, korang check lah dulu result korang setara ke tidak dengan course yang korang nak.. Korang boleh check dekat.. 


atau kalau korang nak masuk UiTM


atau korang google je "semakan kelayakan keputusan SPM"
kalau tak dapat jugak.. korang pandai-pandai lah modify sikit..

2. Ilmu ni aku dapat direct dari pihak UPU terus masa aku dekat matrik dulu.. Katanya, bila kita apply UPU.. Kita susun biar sistematik.. 
Jangan berterabur..

Pilihan 1. UNIMAP
Pilihan 2. UiTM
Pilihan 3. UNIMAP

Susunan mcm tu memeningkan sistem.. susun elok2.. Sistematik sikit..

3. Kan masa korang isi tu kan.. Ada soalan bunyi lebih kurang macam ni..

"adakah anda akan menerima tawaran selain dari pilihan anda"

Korang klik la YA, pihak UPU lah cakap.. 
Kadang, mungkin yang korang minta..
Contoh, Kejuruteraan Awam dekat UTM dah penuh.. 
Tapi dekat UTHM ada lagi..
Contoh........ Paham dak contoh?

Aku rasa, point 3 tu ja yang penting.. Sebab, korang hebat-hebat..
Tahu dah segala mak nenek, tak yah ajar dah cara nak isi..
Cuma mungkin tak sistematik dan tak setara dengan result..

Setakat ini saja entri aku.. My 20 cents..
Banyak lagi benda yang korang boleh dapat dari google..
Google je lah... Kata "Dunia Hujung Kuku" kui kui kui...

Okeh lahh... Aku akhiri entri aku kali ni dengan lafas..
Segala yang baik datangnya dari Allah.. Yang kurang itu kelemahan diriku sendiri..
Ilmu yang bermanfaat yg korang dapat adalah sedekah jariah untuk aku berbanding nuffnang yang korang berikan.. (n_n)

Semoga rahmat Allah selalu ada bersama anda sekeluarga..
Terima kasih, kerana sudi meminjamkan masa anda menjenguk ..Dunia Aku..

Comments

Popular Posts