... Ukhuwah Kita ...

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.

Assalamualaikum gengs.. (n_n)
Lama tak lepak sini.. Hari ni, aku update blog aku dari atas meja study aku di rumahku.. "Rumahku Surgaku" .. Poyo sat, sebelum aku melangkah.. Cewahh "melangkah" ayat tak leh blah.. Sebelum aku kemukakan pandangan aku dalam soal Ukhuwah..

Sebelum tu.. Kenapa yang Zahidah tiba-tiba nak cakap soal ukhuwah?
Sebab....... Hurmm.. Bukan nak cakap lah..

Cakap salah, tak cakap salah..
Semuanya jadi serba salah..
Bila bercakap di katanya riak..
Semuanya boleh blah..

Tuuu.. Lagu Ustaz Kazim, masa dia mai MJII kat sebelah kolej aku..
Lagu dia panjang lagi, yang tu ja aku ingat.. huhu..
Maafkan lah, budak yang pelupa ini..
(^_^) 
Suka dengaq dia.. Terbaikkk...

Anyway, sebab aku nak bercakap soal ukhuwah ni..
Sebabnya, manusia zaman sekarang..
Ramainya menyalah erti soal ukhuwah.. 

"Kitee kan Zahidah, Kite kawan je dengan die.. Kite kan.." (-_-)
Nak lempang.. Mohon Zahidah jangan buat ayat gedik..
"Kami sahabat selamanya, Zahidah" (n_n)

Yess... Bagus tu bagus.... Cuma mahu bertanya.. Berapa ramai..

Berapa ramai kawan "makan" kawan.. 
Berapa ramai manusia menyalah erti persahabatan..
Berapa ramai?? Jiwa seorang teman menderita kerana teman?
Berapa ramai?? Seorang sahabat sanggup berkorban demi persahabatan?
Berapa ramai der?? Tepuk dada tanya otak.. 

Bukan nak cakap, cuma nak tegur... Setiap manusia itu berbeza..
Kita tak boleh fikir kawan kita macam kita..
Semua apa kata kita, dia kena ikut..

Hello awakss.. Awakss itu ye, awakss berkawan dengan manusia..
Dan manusia itu ada otak, ada hati, ada perasaan..
Awakss bukennn mak diee nak paksess diess ikutss awaksss...
Kawanss awakss adeesss freedom.. Suka hati la dia nak buat apa..
Kalau tak suka cakap baik-baik.. 
Kalau dah cakap elok-elok pun tak faham jugak..
Susah aku nak bagi idea lebih nehh.. (-_-)

Sorry la gedik.. Aku pun menyampah...
Cuma orang zaman sekarang, kalau cakap elok-elok susah nak faham..
Tu laa yang aku perasaan.. (-_-)
Maaf tak semua.. Mohon memahami.. (-_-)

Mungkin kata-kata "Ukhuwah Fillah" ibarat zikir yang sering berputar di halwa telinga kita.. Bahkan tidak sedikit manusia yang sudah pun lelah untuk berbicara soal ukhuwah, sebab selama ini ukhuwah seolah-olah hanya menjadi dambaan yang kita tidak tahu bila hal itu akan tercapai..

Realiti hidup zaman sekarang, ukhuwah itu di anggap mudah..
Berapa ramai antara kita dengan mudah menyakiti hati teman kita?
Mudahnya.. Cukup mudah, hanya dengan lisan...
Tetapi cukup susah mahu meminta maaf selepas menyakitkan..
Kemudian bermasam muka setebal dinding ringtangan api.. kuii kuii kuiii
Tapi..
Ingatlah, Allah tidak lihat siapa minta maaf dulu.. Allah lihat siapa mulakan salam..
Betulkan aku, kalau aku salah...

Apakah makna ukhuwah?? Ukhuwah itu, bila di selami..
Ukhuwah itu adalah ikatan jiwa yang akan melahirkan perasaan kasih sayang, cinta dan penghormatan yang mendalam terhadap setiap insan.. Di mana, tiang ikatan itu di ikat oleh tali-tali akidah islam, iman dan takwa. Persaudaran yang tulus ini akan melahirkan aura positif dalam diri insan, seperti mudah untuk menolong serta mudah memaafkan..

Allah berfirman dalam Al-Quran..
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah saudara"
(Ai-Hujurat : 10)

Rasulullah SAW bersabda..
"Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya adalah laksana bangunan yang saling menguatkan satu bahagian dengan bahagian lainya"
(HR. Bukhari dan Muslim)

Sejujurnya, saya Zahidah.. Agak terkilan dengan pemikiran sempit sesetengah masyarakat.. Bila sesama jantina begitu baik.. Begitu erat..
Di lebel "gay", "lesbian" .. Sebenarnya, dalam sedar atau pun tidak.
Barat sudah berjaya hapuskan norma ukhuwah dalam diri kita..
Tolong ya.. Tolong jangan sempit sangat fikiran..
Nak kata "gay" , "lesbian"..
 Tunggu bila memang terbukti bahawa meereka memang begitu.. 

Jangan cakap ikut sedap mulut.. Bukan saja-saja mahu membela..
Aku ada hujah aku sendiri.. Tapi aku malas cakap, sebab yang baca ni, semua 
pandai-pandai.. Apa yang aku boleh katakan, antara sebabnya adalah..

Takut jatuh fitnah dan mengaibkan insan lain..

Ingat ya ingat, akan hari kebangkitan..
Nanti Allah tanya, kenapa awak cakap dia tu gay/lebian..
Awak nak jawap ape??

#bacaDanFikir.. Tata.. (^_^)

p/s : kata seorang sahabat, hanya orang yang tahu rasa cinta ukhuwah saja yang akan faham ukhuwah itu bagaimana, ukhuwah itu tak bermaksud kita stand dengan seorang saja.. tapi kita menarik lebih ramai orang bersama-sama kita.. (n_n) dan keindahan nikmat berukhuwah itu haruslah disyukuri.. Alhamdulillah..


Okeh lahh... Aku akhiri entri aku kali ni dengan lafas..
Segala yang baik datangnya dari Allah.. Yang kurang itu kelemahan diriku sendiri..
Ilmu yang bermanfaat yg korang dapat adalah sedekah jariah untuk aku berbanding nuffnang yang korang berikan.. (n_n)

Semoga rahmat Allah selalu ada bersama anda sekeluarga..
Terima kasih, kerana sudi meminjamkan masa anda menjenguk ..Dunia Aku..

Comments

Popular Posts