... My Personality Type ...

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.

Assalamualaikum, apa khabar? 
Semoga semua dalam keadaan sihat sahaja..
Anyway, hari ni aku nak share dengan korang..
Tentang "Personality Test" atau "Ujian Personaliti"
Sejujurnya, aku nak share result personaliti aku..
heeee... Bukan intipati tentang ujian personaliti..
Berdasarkan ujian yang aku buat secara online..
Dari 2 web site lah..

Di sini In English, katanya..
Aku ni INTP

Introversion (I); Intution (N); Thinking (T); Perceiving (P)





Lepas tu aku test di sini pulak In Malay, katanya..
Aku ni ISTJ

Introversion (I); Sensing (S); Thinking (T); Judging (J)




Jadi, gano ni... Dekat kedua-dua web aku ambil sekali..
Dan aku dapat result yang berbeza..
Personality yang berbeza.. kikiki..

Mereng Zahidah nehh.. (-_-)

Jap, aku bagi kata-kata dekat INTP
Aku suka dan pandangan aku laa..

"Whether the chicken crossed the road or the road crossed the chicken depends on your frame of reference."
Albert Einstein

atau di melayukan

"Sama ada ayam menyeberang jalan atau jalan melintasi ayam bergantung kepada rangka rujukan anda."
Albert Einstein

Kalau ikut logik aku la.. Benda tu memang kena atas aku ann..
Kalau masa tu aku tengah drive, ayam nak seberang jalan..
Either aku bagi dia seberang kalau dia menyeberang.. Atau aku langgar ja dia kalau tak sempat break atau aku lintas je lahhh sebelah dia.. 
Apa ada hal... (-_-)

Kata-kata ISTJ pulak..

"My observation is that whenever one person is found adequate to the discharge of a duty... it is worse executed by two persons, and scarcely done at all if three or more are employed therein."
George Washington

atau di melayukan

"Pemerhatian saya ialah apabila seorang didapati mencukupi untuk menunaikan kewajipan ... ia lebih teruk dilaksanakan oleh dua orang, dan hampir-hampir tidak dilakukan sama sekali jika tiga atau lebih diambil kerja di dalamnya."
George Washington

err... ayat George Washington tu kan..
Aku tak berapa paham sebenarnya.. (T_T)

Kalau ikut pahaman aku la.. Dia kata, ada kerja yang hanya seorang boleh buat tapi di buat oleh dua orang itu teruk. dan kalau tak buat langsung atau di buat oleh lebih dari dua orang itu lagi teruk dan tidak menjadi..
hurmmm macam tu ka??

Anyway, tujuan aku share personality test ni..
Sebab, aku nak ajak hampa semua test personality hampa..
Best jugak.. hihi..

Sakit kepala nak faham, aku rasa faham coding mudah sikit kot..
Dengan izin Allah..

Okeh lahh... Aku akhiri entri aku kali ni dengan lafas..
Segala yang baik datangnya dari Allah.. Yang kurang itu kelemahan diriku sendiri..
Ilmu yang bermanfaat yg korang dapat adalah sedekah jariah untuk aku berbanding nuffnang yang korang berikan.. (n_n)

Semoga rahmat Allah selalu ada bersama anda sekeluarga..
Terima kasih, kerana sudi meminjamkan masa anda menjenguk ..Dunia Aku..

Comments

Popular Posts