..Ujian Itu Tarbiyah..


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.

Hari ni aku nak share dengan korang...
Segala permasalah hidup dan jawapan Al-Quran..
Jadikan Al-Quran itu rujukan utama kita ya sahabat-sahabat sekalian..
Semoga Allah SWT, menjaga hati kita agar tidak tersasar dari nilai keimanan dan ketakwaan..
Semoga hati ini tabah dan terus tabah dalam meniti kehidupan..
Dunia ini hanya sementara, bersabar itu sekejap sahaja..
Apabila kesukaran itu Allah cabut dari diri kita, kita akan merasa aman dan damai..
Kemudian kita cuba hintung balik, berapa lama kita bersabar..
Kadang-kadang, bila kita hintung balik, sebenarnya sekejap saja..
Pejam celik, pejam celik... Selesai dah semuanya..
Siapa yang selesaikan??
Dia lah, ALLAH SWT yang menyelesaikan untuk kita..
Ujian yang hadir itu tarbiyah sebenarnya..


KENAPA AKU DIUJI
“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. ” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

    KENAPA AKU TIDAK DI UJI DENGAN PERKARA YANG BAIK SAHAJA
    “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ” -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
-Surah Al-Baqarah ayat 286

BOLEH KAH AKU RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” 
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” 
-Surah At-Taubah ayat 129

BOLEHKAH AKU BERPUTUS ASA?
“… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf ayat 87

Comments

Popular Posts